RSS
Life is a series of collisions with the future; it is not the sum of what we have been, but what we yearn to be...

Pengorbanan yang tidak ternilai


Salam GENG..sejak kebelakangan ni agak kurang artikel2/story2 yg msuk ke email aku..
ni yg aku baru dpt kelmarin..try post la..aku sgt suke cite ni..
di kesempatan ini,aku nk ucapkan..
Thanks MAK sbb melahirkan saya Ke Dunia ini..(^_^)

Seorang anak mendapatkan ibunya yang
sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya. Kos upah
membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,
dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Kenapa Kamu tidak Merogol Saya


Salam GENG..agak lama jugak aku tidak berkarang di sini..agak bizi la ckit sejak kebelakangan ni..lagi2 la sem lepas aku Final Sem..sibuk dengan pelbagai projek & Biznes lgi...
ni aku ade dpt 1 email tdi,mgkin agak sesuai utk dikongsikan cerita ni..cerita ni adalah cerita yg benar2 berlaku di Amerika Syarikat..

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.




Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.




Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.




Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).




Dia pun tanya perogol itu..



“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)




Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)




Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.





p/s : MORAL CERITA INI???




Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

Dugaan & Ujian Buat Diriku sebagai Hamba-NYA..


Assalamualaikum..agak lama aku x tulis ape2 tentang kisah hidup aku kt cni...
ari ni trdetik pulak ati nk menaip kt cni..
selalunya aku repost blik artikel2 yg aku dpt kt email..
ari ni aku nk brkongsi kisah Dugaan yg datang mnimpa diriku..
ia betul2 mncabar ketabahan hatiku..
cewah dh bermadah la plak..
ok2..berbalik pada cerita yg aku nk cite kn tdi..
Pagi tadi (lbh kurang pas ditambah ditolak didarab & dibahagi dlm pkul 6.30 pgi)
aku trjaga dari tidur utk mematikan alarm tepon aku yg ngh test sound die..haha
pas2 aku pun kejut la membe aku ni suh g keje..
die ni klau x d kejut,mmg lmbt la g keje jawab nye..
pas kejut die,aku pun mndapat seruan dri bantal supaya jgn tgglkn beliau d ctu..hahaha
ape lgi..smbg blik la tido..hehehe..
pas2 lbh kurang pukul 7.10 aku trsedar la blik..
jeng...jeng...jeng..ni yg aku nk cite kn dugaannya tu..
aku pun cari la tepon aku yg ntah ke mana perginya..
cari punya cari..x jumpe2..aku pun tny la membe yg aku kejut tdi..
time tu die baru je kuar blik air..
aku ingt nk pnjam hdset die nk gune call hdset aku..
skli ngn hdset die pun x dpt dikesan dimana..
aku pun ape lgi..ketuk la bilik brader blik sebelah ni..
pinjam hdset die..aku kol hdset aku,,dpt call..
tpi x de bunyi kt dlm umah pun...kli kedua aku call blik..
ade org dh matikan fon tu..same jgk ngn fon membe aku tdi..
pas2 bru aku perasan Prototype Machine (laptop) ksayangan aku pun dh xde...
aku pun x tau nk ckp ape lgi dh..time tu,dlm kpala duk fikir FYP yg ptut nye kene present tdi..
n pas2 aku pun kol la sahabat brmasalah aku sorg ni..kol die plak x dpt2..
n aku pun call la kak amie,nk tny kot2 membe aku yg brmasalah ni tido umah die ke x..
skli kak amie pun x tau die ke mana..
aku ingt pgi tu bgun smangat la nk jawab test math..
pas bnd ni jadi..trus x de smangat..aku jawab test math tdi pun kosong je..
aku salin blik soalan je,pas2 aku anta..time tu hanya ALLAH je yg tau ape aku pikirkan..
pas2 dlm kul 12 aku p wat report kt Balai Polis Dang Wangi..
n aku call advisor FYP aku..aku ceritakan la pasal laptop aku ilang ni..
sbb aku hny ada wat backup system je..slide ngn report dh pergi bersama-sama machine kesayanganku itu..
terima kasih kpd membe FACEBOOK yg bersimpati ngn nasib ku ini..
aku pun dh start nk lupekan pasal bnd ni..benda dh nk jadi..
smua nya dh trtulis dalam qada' & qadar..Mungkin ari ni ALLAH nk bgi "Ujian" pda hamba-NYA ini..ari ni ari rezeki encik pencuri tu..setiap yg berlaku tu pasti ada Hikmah Nya..Insyaallah..
 
Copyright 2009 .: ePik kEhiDupAn :.. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy