Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.Apa yang boleh saya katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya? Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas.
Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen. Hmm…sebetulnya ia bukanlah soalan sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada satu bentuk pemilihan
Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur).
Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :
1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur
Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana? Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.
Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka?
Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.
Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.
Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.
Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.
Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.
Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.
Sekian. Itulah apa yang diajar oleh Guru saya tentang penerangan disebalik pilihan lokasi pokok kelapa ini. Setakat ini saya dah tanya soalan ini kepada berpuluh2 orang kawan saya. Dan majoriti memang mengena. Anda bagaimana
How to Load People on Trains in Japan
Posted in
cube korang bayangkan sistem ni di guna pakai oleh Rapid KL???
sanggup pasni aku x naik LRT dh..
hahaha..
sanggup pasni aku x naik LRT dh..
hahaha..
Mengenali jenis-jenis fobia
Posted in
* Acousticophobia : Fobia pada bunyi
* Acrophobia : Fobia pada ketinggian
* Agoraphobia : Fobia pada tempat terbuka ataupun tempat yang sibuk (crowded)
* Ailurophobia : Fobia pada kucing
* Alektorophobia : Fobia pada ayam
* Alliumphobia : Fobia pada bawang putih
* Allodoxaphobia : Fobia pada pendapat
* Altophobia : Fobia pada ketinggian
* Amaxophobia : Fobia menaiki kereta
* Ambulophobia : Fobia berjalan (hohoho pelik ni)
* Ancraophobia atau Anemophobia : Fobia pada angin
* Androphobia : Fobia pada lelaki
* Anglophobia : Fobia pada England, lelaki English, budaya English dll
* Anthrophobia : Fobia pada bunga
* Antlophobia : Fobia pada banjir
* Anuptaphobia : Fobia untuk kekal SINGLE
* Apeirophobia : Fobia pada infiniti
* Aphenphosmphobia : Fobia disentuh
* Apiphobia : Fobia pada lebah
* Apotemnophobia : Fobia pada orang yang membuat pembedahan membuang anggota badan.. (Amputations)
* Arachnephobia/Arachnophobia : Fobia pada labah-labah
* Arithmophobia : Fobia pada angka
* Arrhenphobia : Fobia pada lelaki
* Arsonphobia : Fobia pada api
* Astraphobia/Astrapophobia : Fobia pada petir atau kilat
* Astrophobia : Fobia pada bintang atau angkasa lepas
* Ataxophobia : Fobia pada benda yang bersepah dan tidak kemas
* Atelophobia : Fobia pada benda yang tak sempurna
* Athazagoraphobia : Fobia bila dilupakan dan diabaikan
* Atychiphobia : Fobia pada kegagalan
* Aurophobia : Fobia pada emas
* Automatonophobia : Fobia pada patung yang seakan manusia ( ala-ala macam wax statues la..)
* Automysophobia : Fobia pada kekotoran
* Autophobia : Fobia keseorangan
* Aviophobia/Aviatophobia : Fobia untuk terbang
* Bacillophobia : Fobia pada microbes.
* Bacteriophobia : Fobia pada bakteria.
* Bathmophobia : Fobia pada tangga
* Batophobia : Fobia pada ketinggian lagi…
* Batrachophobia : Fobia pada amfibia (katak la contohnya
* fobia katak
* Belonephobia : Fobia pada pin dan jarum
* Bibliophobia : Fobia pada buku
* Botanophobia : Fobia pada pokok
* Brontophobia : Fobia pada petir dan kilat
* Cacophobia Fobia pada kehodohan
* Caligynephobia Fobia pada gadis cantik…
* Carnophobia Fobia pada daging
* Catagelophobia Fobia diajuk atau diejek
* Catoptrophobia Fobia pada cermin
* Cenophobia / Centophobia Fobia pada perubahan atau benda baru
* Ceraunophobia Fobia pada petir
* Chaetophobia Fobia pada rambut
* Chionophobia Fobia pada salji
* Chiraptophobia Fobia disentuh
* Chirophobia Fobia pada tangan? hohoho
* Chorophobia Fobia menari
* Chrometophobia/Chrematophobia Fobia pada wang atau duit.. hohohoho
* Chromophobia/Chromatophobia Fobia pada warna
* Chronomentrophobia Fobia pada jam
* Cibophobia/Sitophobia/Sitiophobia Fobia pada makanan
* Climacophobia Fobia pada tangga (stairs)
* Clinophobia Fobia nak masuk tidur.. hohoh bukan tidur ye..
* Coimetrophobia Fobia pada benda yang simetri
* Coulrophobia Fobia pada badut
* Cyberphobia Fobia pada komputer (hohoh aku sangat yakin takde blogger yang fobia ni)
* Cyclophobia Fobia pada basikal
* Cymophobia Fobia pada gelombang
* Coulrophobia: fobia pada badut
* Cynophobia Fobia pada anjing (aku ada kenal sorang yang ada fobia ni dan sebab itulah aku buat post ni.)
* Demophobia Fobia pada crowds (aku tak tau nak translate)
* Dendrophobia Fobia pada pokok
* Dentophobia Fobia pada doktor gigi
* Didaskaleinophobia Fobia nak pergi sekolah (hahaha pasti ramai yang buat-buat fobia ni)
* Dipsophobia Fobia minum air
* Dishabiliophobia Fobia buka baju di depan orang (hohoh bagus fobia ni.. jangan fikir yang bukan-bukan ye)
* Dromophobia Fobia melintas jalan
* Eisoptrophobia Fobia pada cermin
* Elurophobia Fobia pada kucing
* Emetophobia Fobia untuk muntah hohoho
* Entomophobia Fobia pada serangga
* Ephebiphobia Fobia pada remaja
* Epistaxiophobia Fobia pada hidung bedarah
* Equinophobia Fobia pada kuda
* Ergophobia Fobia pada kerja
* Felinophobia Fobia pada kucing
* Gamophobia Fobia pada perkahwinan
* Geliophobia Fobia pada gelak ketawa
* Genophobia Fobia pada seks
* Gephyrophobia, Gephydrophobia, or Gephysrophobia Fobia melintas jambatan
* Gerascophobia Fobia menjadi tua
* Glossophobia Fobia pada perucapan awam (public speaking)
* Gynephobia/Gynophobia Fobia pada perempuan






