RSS
Life is a series of collisions with the future; it is not the sum of what we have been, but what we yearn to be...

Hargai Anugerah Cinta


BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.


Kenali Jenis-Jenis Seorang Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora.

Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."


p/s: so,for kaum ADAM semua..korang dah tau kn ISTERI yang macam mana untuk Kita semua..

Mari Mempelajari Teknik Mengorat Yang Betul

Mengurat merupakan satu kepakaran yang perlu ada pada orang lelaki atau wanita kerana tidak ramai insan yang dilahirkan dengan aura Macho atau ketampanan Brad Pitt atau George Clooney. Rata-ratanya ramai yang mempunyai kadar tarikan tahap biasa sahaja di mana jika diri tidak diserlahkan kepada jantina berlainan, agak sukar untuk menarik perhatian mereka secara semulajadi. Kebolehan mengurat ini sepatutnya timbul secara natural di dalam diri manusia tetapi dalam pada masa yang sama, malu menyelubungi lantas tidak berani untuk memulai.

Kali ini, ingin menampilkan taktik mengurat yang boleh diguna pakai oleh kaum lelaki untuk memikat wanita dalam tiga senario yang berlainan.


Senario: Wanita Yang Disasar Berada Dalam Jarak Dekat Setiap Hari

Dari mata turun ke hati. Jangan memandang rendah kuasa panahan mata ke atas orang yang ditenung. Jika berkenan dengan seseorang wanita yang berada dalam radar setiap hari, pastikan wanita itu menyedarinya. Kerling, pandang atau tenung beliau apabila berpeluang. Tatkala dia perasan, berikan dia sedikit senyuman. Janganlah tenung sampai dia ingat kamu penghendap profesional tetapi gunakan mata anda untuk menyatakan yang anda berminat untuk mendekati dia. Biarkan dia ‘perasan’ dan apabila mata kail sudah kena, barulah masuk jalan dengan menegur atau mengajak dia keluar makan bersama. Ada berani??

Senario: Ingin Mendapatkan Nombor Telefon Daripada Wanita Yang Belum Dikenali

Sebagai contoh anda berada di dalam satu kawasan seperti di pameran tetapi anda tidak tahu samada anda akan berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi. Belikan dia secawan kopi atau Starbucks atau yang kurang bajet, air mineral pun boleh, dan selitkan nombor telefon anda di sana . Tuliskan “Call me”. Dijamin anda akan mendapat nombor telefon si gadis dalam masa kurang satu jam. Kalau lebih berani, terus berikan dia nombor telefon anda sambil berkata seperti “Hi beautiful, call me,” dan walk away. Jangan sesekali nampak terdesak kerana wanita tidak suka lelaki terdesak atau mendesak. Dan pujian selalu menjadikan wanita cair.

Senario: Berkenalan Di Alam Maya Siber

Walaupun berada di alam maya, kualiti perbualan antara kau dan dia akan memastikan hubungan kamu menjengah realiti atau terus lenyap di alam fantasi. Apabila berbual, jangan ada unsur-unsur terdesak, contohnya apabila dia tidak menjawab, anda terus menerus bertanya “Hello… Kat mana??” “ Ada tak ni?” “Hellooooooo!!!!” Relaks… Dia akan menjawab apabila dia available. Jangan ada ciri lelaki miang dengan memberi soalan-soalan peri-body yang memalukan. Gatal sedikit ok tetapi bukan miang. Elakkan dari bercerita soal-soal sedih dan memurungkan. Ceriakan perbualan dengan lawak jenaka, puji si dia sekali sekala dan sekali lagi, jangan terdesak.

**Mengurat memerlukan keberanian dan kalau orang lelaki tiada keberanian, lupakanlah nak dapat teman wanita.

p/s: aku kongsi ilmu ni,aku sendiri x pandai nk praktik kn lgi..hehe
 
Copyright 2009 .: ePik kEhiDupAn :.. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy