RSS
Life is a series of collisions with the future; it is not the sum of what we have been, but what we yearn to be...

Pandangan Aku Tentang Pelan Membawa Keluar Rakyat Malaysia Di Mesir


Salam 1 Malaysia..
Aku rase ni tajuk posting aku yang paling panjang kot..
Pedulikan semua itu,ape aku nk kongsikan ari ni pandangan aku pasal krisis yang sedang berlaku di Mesir dan pelan yang di lakukan oleh pihak Kerajaan Malaysia utk membawa keluar rakyat malaysia dari sana..
Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ni berlaku rusuhan besar-besaran di Mesir di mana puak pemberontak yg mana anti kepada kepimpinan presiden Mesir (Hosni Mubarak) yang mahukan presiden itu berundur dari tampuk kepimpinan negara yang telah beliau pegang lebih 3 dekad..(saje letak info ckit, nmpk la aku ni tau perkembangan isu semasa dunia..hehe)..
Ok..aku malas nk kupas pasal kenapa pemberontakan tu berlaku..Tapi aku nk bagi pendapat mengenai pelan membawa keluar rakyat malaysia dari negara yg sedang bergolak itu..
Seperti sedia maklum, rakyat malaysia yang berada di Mesir iaitu melebihi 10 ribu (aku dgr berita tadi, student yg berdaftar ngn kedutaan je dh 12 ribu lebih)..
So, kalau difikir secara rasional atau dalam bahasa pasar nya logik akal..cuba korang bayangkan macam mana pihak kerajaan nak bawa keluar 10 ribu org dalam 1 masa????
Seperti apa yang aku tau la..Kerajaan dh antar 8 buah flight yg setiap satunya boleh bawak 300 org dlm 1 masa..
itu pun x ckup lagi nk bawak semua sekali gus..Tetapi ada mulut2 yang x bertamadun cakap kerajaan kedekut nak hantar banyak2 flight ke sana..
Ok, sekali lagi aku nk suruh korang fikir secara rasional..
Kita semua dah tau yang negara tu tengah bergolak..Internet,broadcast & segala macam perkhidmatan awam di terhadkan..so,kalau kerajaan nak hantar byk2 flight pun,bukan semua nye dapat mndarat kt cairo tu..mcm ari ni pun pesawat C130 milik TUDM x dpt mendarat kt sana..tunggu MAS ngn AIR ASIA dh berlepas baru diorg boleh mendarat..
Lagi satu hal plak, budak2 kat sana demand nk suruh kerajaan anta diorg balik ke Malaysia..
Hey, sedar la ckit..korang ingt kerajaan hantar flight ke sana tu gune air ke isi minyak flight tu..bknnye dekat macam isi minyak kete RM10 je..
pastu bile kerajaan x dpt tunaikan janji kata kerajaan x berhati perut lah..x pentingkan rakyat la..
kat sana bukannya korang yg jadi target..kalau nk diikutkan, time rusuhan di Indonesia tahun lepas mase kumpulan BENDERA mengamuk nk "Ganyang Malaysia" dlu, ade student2 sane mntak di bawa pulang..pada hal diorg lgi la jadi target rusuhan kt sana..
Hmmm..aku rase tu je la kot pandangan aku mengenai pelan membawa keluar rakyat malaysia dari mesir..Kita yang berada di Malaysia ni sama2 lah berdoa agar saudara sesama islam dan saudara 1 malaysia kita di sana berada dalam sihat sejahtera..
~Salam 1 Malaysia~
 
Copyright 2009 .: ePik kEhiDupAn :.. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy