RSS
Life is a series of collisions with the future; it is not the sum of what we have been, but what we yearn to be...

Pandangan Aku Tentang Pelan Membawa Keluar Rakyat Malaysia Di Mesir


Salam 1 Malaysia..
Aku rase ni tajuk posting aku yang paling panjang kot..
Pedulikan semua itu,ape aku nk kongsikan ari ni pandangan aku pasal krisis yang sedang berlaku di Mesir dan pelan yang di lakukan oleh pihak Kerajaan Malaysia utk membawa keluar rakyat malaysia dari sana..
Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ni berlaku rusuhan besar-besaran di Mesir di mana puak pemberontak yg mana anti kepada kepimpinan presiden Mesir (Hosni Mubarak) yang mahukan presiden itu berundur dari tampuk kepimpinan negara yang telah beliau pegang lebih 3 dekad..(saje letak info ckit, nmpk la aku ni tau perkembangan isu semasa dunia..hehe)..
Ok..aku malas nk kupas pasal kenapa pemberontakan tu berlaku..Tapi aku nk bagi pendapat mengenai pelan membawa keluar rakyat malaysia dari negara yg sedang bergolak itu..
Seperti sedia maklum, rakyat malaysia yang berada di Mesir iaitu melebihi 10 ribu (aku dgr berita tadi, student yg berdaftar ngn kedutaan je dh 12 ribu lebih)..
So, kalau difikir secara rasional atau dalam bahasa pasar nya logik akal..cuba korang bayangkan macam mana pihak kerajaan nak bawa keluar 10 ribu org dalam 1 masa????
Seperti apa yang aku tau la..Kerajaan dh antar 8 buah flight yg setiap satunya boleh bawak 300 org dlm 1 masa..
itu pun x ckup lagi nk bawak semua sekali gus..Tetapi ada mulut2 yang x bertamadun cakap kerajaan kedekut nak hantar banyak2 flight ke sana..
Ok, sekali lagi aku nk suruh korang fikir secara rasional..
Kita semua dah tau yang negara tu tengah bergolak..Internet,broadcast & segala macam perkhidmatan awam di terhadkan..so,kalau kerajaan nak hantar byk2 flight pun,bukan semua nye dapat mndarat kt cairo tu..mcm ari ni pun pesawat C130 milik TUDM x dpt mendarat kt sana..tunggu MAS ngn AIR ASIA dh berlepas baru diorg boleh mendarat..
Lagi satu hal plak, budak2 kat sana demand nk suruh kerajaan anta diorg balik ke Malaysia..
Hey, sedar la ckit..korang ingt kerajaan hantar flight ke sana tu gune air ke isi minyak flight tu..bknnye dekat macam isi minyak kete RM10 je..
pastu bile kerajaan x dpt tunaikan janji kata kerajaan x berhati perut lah..x pentingkan rakyat la..
kat sana bukannya korang yg jadi target..kalau nk diikutkan, time rusuhan di Indonesia tahun lepas mase kumpulan BENDERA mengamuk nk "Ganyang Malaysia" dlu, ade student2 sane mntak di bawa pulang..pada hal diorg lgi la jadi target rusuhan kt sana..
Hmmm..aku rase tu je la kot pandangan aku mengenai pelan membawa keluar rakyat malaysia dari mesir..Kita yang berada di Malaysia ni sama2 lah berdoa agar saudara sesama islam dan saudara 1 malaysia kita di sana berada dalam sihat sejahtera..
~Salam 1 Malaysia~

Muhasabah Diri


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..
ari ni aku nk berkongsi apa yang selalu berlaku pada diri aku sendiri..
Apa yang aku maksudkan ialah semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tidak tahu..
Begitulah adat menuntut ilmu bagi orang yang mahu memajukan diri..
Orang yang mempunyai fikiran yang positif, akan terus mencuba mengambil tahu apa yang dia mahu tahu dan tidak menunjuk-nunjuk yang dia sebenarnya tahu banyak perkara..
Masalah seperti ini berlaku akibat kita cuba nak tarik perhatian orang lain, cuba nak tunjukkan kpd orang lain yg diri kita ini mempunyai confident yg tinggi, maka dengan itu kita akan berlagak tahu..
Kita bercakap mengikut sedap mulut kita saja tanpa kita sedar yang orang sekeliling kita sedang menilai diri kita dalam diam..
Dah tentu diorang akan kata kita ni "Sombong Bodoh"..
Sebab? Kita cuba menutup "Kebodohan" dengan berlagak tahu atau buat-buat tahu.
Hakikatnya, semakin banyak kita berlagak tahu, sebenarnya makin banyak kita tidak tahu..
Hal  ini berlaku sebab kita cuba untuk menutup rasa malu diri pada orang lain supaya orang tidak akan pandang rendah pada diri kita, tetapi semua itu hanyalah satu perbuatan yang akan memakan diri sendiri..
So,pengajaran yang aku dapat..
Jadilah orang yang suka belajar..
Cuba belajar dari persekitaran, dari orang-orang di sekeliling.
Orang yang belajar ni biasanya pendiam. Diamnya bukan diam sembarang. Diamnya diam berisi.
Diam berisi lebih baik dari bising yang kosong tanpa apa-apa pencapaian yang boleh di banggakan.
Aku menulis ini semua lepas apa yang aku lalui di dalam mimpi aku malam tadi..
Hidup dengan sifat sebegini akan memakan diri sendri satu hari nanti..
Aku rase ini je la yang aku cuba nk kongsikan hujung minggu ni..
Selamat Beristirehat bersama keluarga & rakan2..
~Salam 1 Malaysia~

Cuaca Oh Cuaca


Nampak cuaca agak kurang menentu sejak kebelakangan ini..
kejap panas..kejap hujan..
Dan situasi kerja aku pun tak menentu..
Tengah2 panas terik..tiba masuk dalam bilik server yg sejuk nya hanya org yg biase masuk je tahu..
Lepas dlm sejuk2 tu,keluar plak kena hujan..
Orang kebal mcm mane pun confirm demam klau kena macam tu..
So, nasihat aku, berjaga2 lah dengan cuaca skrg ni..
kalau cuaca panas, banyak2 kn minum air..
org putih kate "Prevention is better than cure"..
bagi nasihat kat sini reti plak..tapi diri sndri x nak wat prevention..
Ok la..aku pun dh x ckup tenaga nk menaip ni..badan dh lemah lepas telan beberapa ubat..
so,skrg aku mahu rehat..
~Assalamulaikum~

Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyehatkan Jantung Wanita


Bismillahirrahmanirrahim.....

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Tak tau nak letak tajuk ape

Assalamualaikum wahai my virtual home a.k.a. my blog..
sudah lama aku x berkarya di sini..
bercerita,berkongsi,merapu,macam2 lagi..
nak tulis ape pun aku dh tak tau ape yg nk ditulis di sini..
tahun 2011 ni pun sudah bermulalah kehidupan aku sbagai employee..
so, dgn itu hidup aku juga sudah berubah, bukan lagi sperti rakan2 lain yg masih bergelar "student"..
so,ari2 minggu mcm ni je la baru ade free utk membuang mase mcm ni..
hmmmmm..aku pun dh x tau nk tulis ape lgi kat cni..
happy weekend allz..Asssalamualaikum..(^_^)
 
Copyright 2009 .: ePik kEhiDupAn :.. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy