Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..
ari ni aku nk berkongsi apa yang selalu berlaku pada diri aku sendiri..
Apa yang aku maksudkan ialah semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tidak tahu..
Begitulah adat menuntut ilmu bagi orang yang mahu memajukan diri..
Orang yang mempunyai fikiran yang positif, akan terus mencuba mengambil tahu apa yang dia mahu tahu dan tidak menunjuk-nunjuk yang dia sebenarnya tahu banyak perkara..
Masalah seperti ini berlaku akibat kita cuba nak tarik perhatian orang lain, cuba nak tunjukkan kpd orang lain yg diri kita ini mempunyai confident yg tinggi, maka dengan itu kita akan berlagak tahu..
Kita bercakap mengikut sedap mulut kita saja tanpa kita sedar yang orang sekeliling kita sedang menilai diri kita dalam diam..
Dah tentu diorang akan kata kita ni "Sombong Bodoh"..
Sebab? Kita cuba menutup "Kebodohan" dengan berlagak tahu atau buat-buat tahu.
Hakikatnya, semakin banyak kita berlagak tahu, sebenarnya makin banyak kita tidak tahu..
Hal ini berlaku sebab kita cuba untuk menutup rasa malu diri pada orang lain supaya orang tidak akan pandang rendah pada diri kita, tetapi semua itu hanyalah satu perbuatan yang akan memakan diri sendiri..
So,pengajaran yang aku dapat..
Jadilah orang yang suka belajar..
Cuba belajar dari persekitaran, dari orang-orang di sekeliling.
Orang yang belajar ni biasanya pendiam. Diamnya bukan diam sembarang. Diamnya diam berisi.
Diam berisi lebih baik dari bising yang kosong tanpa apa-apa pencapaian yang boleh di banggakan.
Aku menulis ini semua lepas apa yang aku lalui di dalam mimpi aku malam tadi..
Hidup dengan sifat sebegini akan memakan diri sendri satu hari nanti..
Aku rase ini je la yang aku cuba nk kongsikan hujung minggu ni..
Selamat Beristirehat bersama keluarga & rakan2..
~Salam 1 Malaysia~
0 Hamba ALLAH yg ingin Berkata-kata:
Post a Comment