RSS
Life is a series of collisions with the future; it is not the sum of what we have been, but what we yearn to be...

Tanggungjawab LELAKI dan WANITA


Salam to all my blog readers..
aku x de niat nk wat posting ape2 pun sbnarnye hari ni..
tapi tdi time aku godek2 External Harddisk Roommate aku..
Sory Nik Nasrul aku "Pinjam" external ko jap.. hehehe..
aku pun terjumpa la artikel ni.. Macam Best jer..
tu yang aku nak share ngn korang semua.. Mane ntah budak ni dapt artikel ni..
ape2 pun... korang bace dulu.. pastu try renungkan sejenak.. (^_^)

LELAKI adalah pemimpin seperti yang telah kita maklum.
Tanggungjawab lelaki amat berat dan jangan dipandang ringan. Bertapa pun begitu kita sebagai insan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Perilaku hendaklah dijaga dengan tertib.

LELAKI
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah beperti berikut:-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia
tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi... lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.

Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja:

1. Sembahyang 5 waktu,
2. Puasa di bulan Ramadhan,
3. Taat pada suaminya
4. Menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Renungkanlah wahai kaum ADAM & HAWA sekalian..

Rahsia Warna


Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk.
Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan Berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Cinta seorang lelaki


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA...

Lebih baik dipraktikkan selepas berkahwin..INSYAALLAH

Selamat Pagi

Salam n Selamat Sejahtera Kepada Sahabat2 Blog Readers smua..
aku x pasti la yg Live Traffic Feed aku tu berfungsi ke x..
sbab aku tgk visitors blog aku smua dri Oversea (Luar From Malaysia)..
aku x kisah la diorang nak masuk blog aku ni..
tapi diorang paham ke posting aku ni???
kalau orang Malaysia yg berada kt sana mungkin diorang paham kot..
kalau bangsa asing??
kalau diorang paham Bahasa Melayu..
Tahniah Ingin ku Ucap kan pada Mereka..
ok la..
aku wat posting ni sebenar nya just nk share 1 benda ni...
lebih kurang IQ Test la..
soalan ni lebih sama macam Elbert Einstein nye soalan IQ Test..
ok,Sebelum korang jawab soalan ni..
aku harap korang bace soalan sekurang-kurangnya 2 kali..
sebab aku sendiri pun baca smpai 4 kali baru paham.. (^_^)


Salam Jumaat Penguhulu Hari


Salam to All Blog readers..
x de ape pun aku nk post ari ni sgt..
tengok la nanti kalau aku rajin..
jap lagi aku post la ape2 artikel yang aku rase best untuk di kongsi..
Alhamdulillah,hari ini cuaca agak mendung..
boleh la aku melangkah ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat sebentar lagi..
dalam keadaan yang mendamaikan..
ok la..
aku rase ni je la post aku untuk entry yg kali ni..
opss..
sblum aku tutup entry ni..
aku nk share ngn korang 1 Music Video ni..
aku suke dengar lagu die..
dengar banyak kali pun x boring..
malah ia akan membuatkan fikiran aku Tenang..
klau korang x caye..
dengar la..
InsyaALLAH...

 
Copyright 2009 .: ePik kEhiDupAn :.. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy