RSS
Life is a series of collisions with the future; it is not the sum of what we have been, but what we yearn to be...

Tanggungjawab LELAKI dan WANITA


Salam to all my blog readers..
aku x de niat nk wat posting ape2 pun sbnarnye hari ni..
tapi tdi time aku godek2 External Harddisk Roommate aku..
Sory Nik Nasrul aku "Pinjam" external ko jap.. hehehe..
aku pun terjumpa la artikel ni.. Macam Best jer..
tu yang aku nak share ngn korang semua.. Mane ntah budak ni dapt artikel ni..
ape2 pun... korang bace dulu.. pastu try renungkan sejenak.. (^_^)

LELAKI adalah pemimpin seperti yang telah kita maklum.
Tanggungjawab lelaki amat berat dan jangan dipandang ringan. Bertapa pun begitu kita sebagai insan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Perilaku hendaklah dijaga dengan tertib.

LELAKI
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah beperti berikut:-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia
tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi... lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.

Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja:

1. Sembahyang 5 waktu,
2. Puasa di bulan Ramadhan,
3. Taat pada suaminya
4. Menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Renungkanlah wahai kaum ADAM & HAWA sekalian..

2 Hamba ALLAH yg ingin Berkata-kata:

izas said...

thanx for sharing
sangat2 bermakna artikel di atas ini
mungkin kebanyakannya sudah tahu
hanya perlu diingatkan
bukankah tanggungjawab manusia untuk saling mengingatkan?

YB Fahmy said...

welcome iza..
saya juz nk sharing bnd ni ngn membe2 lain jer..
kpd sesiapa yg berminat boleh la copy..
huhu..

 
Copyright 2009 .: ePik kEhiDupAn :.. All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy